Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

KEMATANGAN :)

 

Untuk menjadi matang, luaskanlah pergaulan dengan manusia. Di situ kita akan melihat kepelbagaian pendapat, fikiran, budaya, tatacara hidup, adat, bahasa dan sebagainya. Kematangan tidak datang dengan hanya duduk di dalam bilik atau hanya berteori dengan akal sendiri, atau hanya pandai bercakap sahaja di pentas, seminar, dewan kuliah, ceramah tanpa turun ke lapangan umat dan merasai sendiri erti kehidupan.
 
 
 
 entah mengapa tiba2 eyka bercakap soal kematangan .. sejak akhir2 ni , eyka akhirnya sedar tentang kematangan .. hurm .. eyka mempunyai pilihan dalam menjalani kehidupan ni .. iaitu , lupakan dia , teruskan hidup dan berbahagia .. tapi , masalahnya , eyka tak pilih pilihan tu .. eyka tak amik .. mungkin kerana eyka nak dia betul2 temui pengganti dulu baru eyka dapat lupakan dia dan berbahagia .. tapi , ALHAMDULILLAH , eyka dengar dia dah temui pengganti yang jauh lebih baik dari eyka yang takkan sia2kan dia lagi .. :) so , eyka tak kan lupakan dia malah akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka .. dan eyka .. eyka akan terus belajar bersungguh2 untuk mencapai cita2 dan impian eyka untuk membantu orang ramai :) setiap kali kawan2 tanya tentang impian eyka , eyka hanya jawab "nak bantu orang2 susah" .. ada yang tak faham dan ada yang faham namun mereka tetap sokong eyka .. buat masa ni , tiada siapa yang istimewa dihati eyka kerana bagi eyka , semua istimewa .. :) kerana mereka , eyka berjaya teruskan hidup untuk mencapai cita2 eyka .. hehew ~ 

eyka juga ada impian lain .. eyka nak jadi penulis .. eyka minat seni , kreativiti dan karya2 indah .. minat eyka pada membaca mendorong eyka untuk menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat .. :) okey .. berbalik pada tajuk di atas , KEMATANGAN .. eyka sedar sebenarnya eyka mempunyai sifat kematangan dalam diri ni .. cuma , kadang .. eyka berkelakuan gila2 .. hehe .. bese lah tu kan ?? 
 

apa motif letak gambar ni ? hee .. nak tunjuk kan betapa matangnya eyka .. haha .. gila ~ okey .. maybe tu tak menunjukkan yang eyka ney matang .. tapi , percayalah .. setiap orang ada sifat gila2 dalam diri mereka .. malah , datuk2 nenek2 yang dah tua , yang lebih matang dari kita tu pun sebenarnya ada sifat gila2 dalam diri mereka .. 
 
tapi , apa yang penting , sebenarnya apa yang eyka tulis diatas tadi pun telah mengajar eyka erti kematangan .. sebab tu eyka nak lebih merasai tentang apa yang orang lain rasakan dengan membantu mereka yang susah dahulu .. faham ?? erkkk .. tak faham , tak per .. :) okey lah .. penat dah menaip .. hehew ~ 
 
yang penting , percaya pada diri .. yakin dengan kebolehan diri .. in shaa allah , ditunjukkan jalan yang baik :) 
 


 
        p/s : kenapa eyka rasa cam tak der kaitan erk bila baca balik ?? ngee.. tak per lah ..                                       

                                                                                                               By me .. :)

Saturday, May 25, 2013

BAHAGIA ??

 
 
lama pula tak mengomel kat blog ney kan ?? hurm .. sekarang , eyka dah makin sibuk dengan study .. kolej .. eyka bahagia untuk si dia yg dengar khabar dah punya pengganti :) .. eyka doakan mereka kekal sehingga ke pelamin .. amiiin :) oh .. btw , eyka sekarang ney bz nak cari tempat bercuti .. haha .. maklum .. nak bg cadangan kat papa tempat2 yang best .. 
 
sejak akhir2 ney , eyka banyak sangat masalah .. eyka cuba tabahkan hati .. namun , akhirnya , eyka tersungkur gak ... menangis tanpa henti .. eyka tau , setiap kejadian , ada hikmahnya dan eyka cekalkan hati tuk menerima setiap ujian yang mendatang dengan tabah .. harap satu hari nanti , di penghujung kekecewaan eyka , muncul sebuah kebahagiaan .. :)
 
 
someone tunjuk gambar ney kat eyka .. dia nak eyka cuba pakai style cam tu .. haha .. adeh .. eyka nak cuba gak .. tapi , nanti lah .. in shaa allah .. :) erm .. eyka ada cuba gak lukis mcm tu .. menjadi gak .. tp , x secantik lukisan asal .. hee .. okey lah .. eyka nak undur diri .. jap lg nak dating dengan family tersayang .. :) 
 
 
by me