Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 29, 2012

EMMM .. ???



salam semua ... huhu .. hari ney eyka tak sihat lah.. dah dua hari selsema + batuk trus .. anyway .. sbnrnya sje je nak update blog ney .. hee o(╯□╰)o .. em .. eyka tak tau , kenapa .. tp , yg pasti .. eyka dlm mood merindui seseorang .. tp .. hee .. tak tau sape yg dirindui .. ney ha .. hari tu .. eyka , kakak angkat , kawan n adeq eyka kuar .. tem kitorang makan kat SECRET RECIPE .. der pelayan dy ney .. comel lah jua .. skali tem kitorang nak BLAAH .. der lagu inggeris d mainkan .. ngah kusyuk mndengar .. tba2 .. ada suara spoil lah nyanyi lagu tu tem nada tinggi .. haha .. rupanya .. abg comel td yg nyanyi ... :) .. hee .. tah per lah yg eyka cerita ney kan ? hoho .. but .. nvr mind .. hee .. okey lah .. nak out dulu ..
sekian , terima kasih ;)

Tuesday, December 4, 2012

AWAK ♥ baju hijau



OMG ! u all nak tau tak ? hari ni "dia" datang lagi .. n kali ni .. dy datang .. dengan ... memakai .. baju .. berwarna merah .. haha .. yg eyka hepi neyh sebab .. eyka.pown pakai baju wrna merah .. hoho (*^﹏^*) ! hepi sangat .. bukan tu jer .. "dia" brjaya buat hati eyka berdegup kencang lagi skali .. ya allah .. tak tenang trus eyka leh "dia" td .. huhu .. kalau korang leh nampak jantung eyka , mesti korang nampak betapa kencang nya , kuat nya hati ney berdegup .. huhu .. adakah eyka suka "dia" ? hoho .. hanya tuhan yang tahu .. eyka sendiri masih tak memahami hati eyka ney ..

dari kali pertama eyka nampak "dia" .. hm .. ntah lah .. macam suka , macam tak .. eyka pown tak tau lah .. korang rasa .. cm ner ? walaupun eyka tak kenal  siapa "dia" .. tp , eyka yakin "dia" baik .. tp , nampak cam "dia" ney kuat main .. hoho .. tem "dia" ney ada kat depan eyka , eyka susah nak kawal perasaan .. trsenyum2 .. eeii ! gedik + gila lah aku ni -_-# .. hoho .. pengakuan berani dari eyka ney :p .. pape pown , dy yg brjaya mencuri hati eyka .. haha .. kalau lah "dia" trjumpa blog ney .. eyka juz nak "dia" tau .. eyka bukan nak menggatal .. juz share sket info sal harian eyka .. n eyka nak dia tau yg eyka nak kenal ngan dia ... hoho .. mengada nye lah aku ney .. >o< haha ..

huhu .. hope sok dia ada .. opss .. alaaa .. esok eyka tak datang kerja la .. eyka kena p hospital .. huhu .. tak pe , mungkin lusa dia ada ... T_T so sad coz tak dapat jumpa dia .. okey lah .. eyka pown ngantuk .. rasa cam nak tido sekejap lah .. hoho .. thanx kerana sudi singgah n baca entri ni .. sekian , terima kasih ;)

Monday, December 3, 2012

AWAK ♥



ehem ~ hee .. hyep sume .. sekarang ney eyka kat dalam kereta , baru balik dr kerja .. huhu .. sesak ... sakit dah punggung eyka gara2 lama sangat dok dalam kereta .. penat sangat hari ney .. hoho .. tp , kan .. penat2 eyka ney .. td , ada seorang lelaki yg berjaya buat jantung eyka berdegup kencang .. muka dy tak hensem tp , manis ! (>^ω^<) .. gila eyka d buatnya .. hoho .. nak tau per daya tarikan dy ? hee .. senyuman nya ツ ...

auw .. then , td , tem eyka nak pergi solat kat surau .. dy ada kat depan surau .. jantung eyka yg td dah berhenti berdegup ngan kuat , akhirnya berdegup ngan kencang lagi skali .. hoho .. dy berjaya buat eyka caiiiirr ... haha .. perasan nya lah aku ney kan ?? hoho .. tp , eyka langsung tak kenal dy .. huhu .. tp , tiap kali dy bayar kan .. dy mesti senyum2 .. n dy mesti akan bersopan .. sebab tu lah eyka suka :) .. hee ..

lagi satu , dy nampak baik .. haha .. tp , kalau tak de jodoh .. eyka tak juga kecewa .. tp , andai kami ada jodoh .. muahaha .. eyka lah yg paling gembira .. haha .. sot + perasan lah eyka ney .. <(@ ̄︶ ̄@)>haha !

btw , korang jan jeles ek :p hahaha .. juz kidding .. ;) ouh ye .. td dy pakai baku hijau .. tambah gembira hati eyka .. hoho .. okey lah .. malas nak cerita banyak2 .. hope dpt kenal ngan dy satu hari nanti .. bukan sebab nak menggatal ek .. juz sebagai kawan .. :) .. sekian , trimas ;)

Sunday, December 2, 2012

SAMSUNG NOTE !



hoho .. pertama kali update blog guna hp .. sebenarnya .. papa baru je belikan eyka hp .. em .. samsung note .. hee .. pada mulanya .. eyka juz ikot papa ngan pekerja p tengok hp .. tiba2 , papa cakap " ye pka , nak yg mana satu ? " .. wah , punya main gembira sangat !! (>^ω^<) hahaha .. rasa cam nak teriak jer tem tu .. tp , kena pandai kawal2 diri lah .. bila mama dapat tau yg papa belikan eyka hp , mama marah coz mama ingat eyka yg minta .. hee ~ ツ

then , malam tu , pas pulang je umah .. adeq2 sume cakap yg dorg pown nak hp cm eyka .. heee ~ then dorg ckp lg , pas ney mesti eyka asyik online fb n twitter .. n eyka pown jawab " mestilah ~ " ╮(╯▽╰)╭ haha .. tapi , tak leh gak nak online trus .. eyka bukan free tiap hari .. bz memanjang je neyh .. hee ..

Tuesday, November 13, 2012

SEDIH



hello korang .. hurm .. sy baru lepas terbaca blog sahabat sy .. ternyata selama ni sy dah buat dy sakit hati :( dan sedih + kecewa dengan saya .. cerita nya bermula coz kami minat lelaki yang sama , tp , akhirnya , saya yang dapat laki tu .. hm .. walau apa pun , sy x marah or benci dy , coz , tu kan salah sy .. right friend ?











sorry ek coz prtsc blog ko .. bukan nak wat ko marah , tp , coz sy terharu baca blog ko .. thanx coz still di sisi sy :).. sy hargainya ;)

Wednesday, October 10, 2012

CERITA2 TAULADAN :)

hello <3 ..hyep .. hee .. eyka nak kongsi cerita tauladan dan moralnya yang eyka terbaca sebentar tadi .. cerita-cerita nya memang best .. walau ringkas n pendek , tp , memberikan kita pengajaran .. :) eyka juz copy n paste cerita2 ney .. tp , memang best :)


PEMBURU YANG TAMAK
Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.



Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).


Kisah Tiga Budak Hitam.

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Budak hitam kedua pun berkata ." Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama". Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan cantik lebih daripada budak yang pertama. Jin pun berkata
kepada budak hitam ketiga, "Pintalah!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain..." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata " Kalau begitu, aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu" Lalu jin pun tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apa pun.



Moral:
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.


Paku Di Tiang


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya.

Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu paku tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan,maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar.Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknyas sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggil anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada,tapi aku bersedih parut - parut lubang dari paku itu tetap kekal ditiang, bersama dengan karatnya."



Moral :

Rakan yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan ,kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya,tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedaridiri ini melakukan suatu kemungkaran,ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.


Kisah Tukang Gunting


Seorang laki-laki bernama Manan datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang gunting yang melayaninya. Berbagai macam topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Tukang Gunting: "Encik, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang encik katakan tadi."

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba encik menjengok ke luar tingkap itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terbiar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh tukang gunting. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Ketika tukang gunting selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak adakan sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!..."

Si tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Manan tersebut.

"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting" sanggahnya si tukang gunting.

Manan kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat. Contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke kedai saya untuk di gunting rambut dan bercukur." jawabnya tenang sambil tersenyum.

Tegas Manan" "Tepat sekali! Itulah jawapannyanya untuk soalan anda kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.



Moral dari kisah diatas:

Dari cerita diatas ini, dapat kita simpulkan bahawa kita sebenarnya lupa akan Allah, tetapi Allah tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Allah sesudah solat, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana kita memuji diri seseorang tokoh


Mimpi Seorang Gadis


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

Tertipu Berulang Kali


Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.


Monday, October 1, 2012

UPDATE BLOG

wow ! haha .. lama tak kemas kan blog ney .. sebelum eyka der buat blog baru lagi .. tp , yang baru tu eyka jadikan sebagai blog untuk resepi2 , maklumat or benda lain yang berfaedah gak .. blog yang lg satu tu , simple n kemas sngt .. tak macam neyh .. tah per yang eyka letak pown eyka tak tau ..

hee .. tp , sekarang eyka dah kemas semula .. so , okey sket la .. hehe :) tp , nape eyka masih rasa cam semak jer erk ?? haha .. tak tau lah .. hope pembaca okey2 jer .. hehe .. btw , thanx coz sudi singgah sebentar d blog eyka neyh erk .. walaupun korang tak follow , never mind .. sy x mngharapkan org follow gak .. hee .. juz nak share2 jer .. :) 

okey lah .. penat dah eyka menaip .. haha .. insyaallah , kalau ada masa lapang , eyka akan sentiasa update blog neyh dengan pelbagai maklumat ... okey ?? :)

sekian sahaja , terima kasih :)

Thursday, June 21, 2012

KENANGAN TCER'S DAY !!


Urmm ~ Entry kali ney bukanlah sesuatu yang baru..
da lama..tapi , baru sekarang eyqa nak post ~
sentiasa bz jer eyqa neyh ! aiseh ~ mengalahkan artis pula !!
hee ~ okey2 ~ malas nak cerita panjang2..jom usha gambar ney ha ~






hee ! maaf erk ~ kebanyakan nye eyqa lom upload lg..
hee ~ okey la..nanti kalau da lg , eyqa post erk..

MISS U !!

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

()''''''() " aku merindui suaramu
(^_^) aku merindui wajahmu
(")=(") aku merindui senyuman manismu
####### aku rindu smsmu"
()''''''()
( 'o')") ♥ " AKU JUA SANGAT-SANGAT MERINDUI DIRI MU" ♥
(,(")(")#######

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

RINDU !

ASSALAMUALAIKUM !

Ehem ~ daa 3 minggu sejak eyqa berhenti kerja ~
huhu ! nak tau tak ? eyqa rindu betol dekat Nazriel !
huhu ~ sedih betol sebab tinggalkan dia awal sangat ~
tapi , tak per..eyqa ada gambar dia :)
nak tengok ker ? boleh ! tapi , jan terpikat erk !
hee ~ dia lah kesayangan eyqa time eyqa kerja kat sana..
dia manja ngan eyqa , nakal , dan comel !!
okey ! eyqa nak bagi tengok gambar dia dulu ~










Hah ! tu lah gambar dia !
dari dia 9 bulan sampai 1 tahun !!
okey laa ~ sampai sini je eyqa cerita kan..
eyqa mengantok dah..ok ??
NYTE ALL ~ !!

Sunday, May 13, 2012

sunshine family games day~

ASSALAMUALAIKUM~


hee~entry kali neyh..eyka nak gtau sal sukan sunshine..
ehem~eyka tau yg amik gambar dorng neyh..gune kamera nikon lae!
haha~jom tengok!


yg kat atas tue..kak ema..dy ngan dak2..yg gmbr blah knan lak..icha ngan ash...hee (:



ha!yg kanan neyh kak eyna n kak lisa~
blah kiri lak..kak elvy,kak julie dan icha!haha..menyibuk jak dy situ~



haha~kanan tue timothy(ban2)..
yang kiri tue lak..arif..comel x dy??haha



yg tue kak zean n ash...(bfnya)haha!
yg tue lak kak imah n bella~comelnye..



yang kanan tue acaf..laju 2..
yang sorg neyh lae laju..alisyah nur iman..adq dy manja ngn eyka~haha!



tem kat situ,byk gerai~antaranya..gerai neyh...gerai neyh menawarkan khidmat melukis wjh anda!



haha!icha lae~actually..dy neyh ank buah eyka..hee..dats y,muka dy jer..
nama dy nur danisah aqeela..ngee~



haha!tem neyh lucu btl3..neyh fathers game..haha..
makan jagung..spe cpt dy menang!!go..go..


neyh ha..neyh la bunga yg eyka dpt..kecik jer..tp,xper..yg pntg dpt~
neyh kak eyna lom der..dy ngah bz brkmas kat dpn..haha


neyh sesi bg hadiah kat mak diorang..sempena mothers day tau~
penat staf2 neyh mmbungkus bunga..tau bape??400 bunga~
bukan tue jer..dorg tdo dlm kul 12 g2..kul 4 dorg bngun lae tuk masak burger..
fuh~penat kan dorg tue...tp,alhamdullilah..lancar gak!



haha!arif n ash..dorg neyh kawan bek~
icha lae~haha..comel kan dy??sme cm mak cik muda dy x??hahaha




 haha!neyh syazwan aka abg!haha~dy neyh mang nakal~
tp,skali mandi..dy pengecut gak kgkdg..x lme lae dy dpt adq lae sorg..
still dlm kandungan..xtau jantina nye..hee~
ok la~sampai sni je k..pnt daa..haha..subuh da neyh..jom2 solat...
hee..


::peas in a pod::

Saturday, May 12, 2012

perasaan??luahan??

ASSALAMUALAIKUM~

Hye sume~hurm..
perasaan???per ek?
tak tau nak taip per..actually..banyak...
tp,tah lar..tangan neyh tak mampu menaip per yang der d hati..
hurm~hati...hati wanita seperti lautan yang luas...
ianya penuh dengan rahsia yang tersimpan...
tak siapa mampu merungkainya...
kadang mampu..kadang tidak...
andai benar hati wanita itu seperti kaca...
mengapa masih ada yang ingin memecahkan nya?
mengapa tidak dijaga dengan baik??



kengkadang wanita berperangai...
namun..ianya hanyalah kerana perasaan seperti tidak dihargai...
namun..tak semestinya wanita berperangai..
bermaksud dirinya sudah tawar hati...
selami dan fahamilah dirinya~



::peas in a pod::

Tuesday, May 8, 2012

penyakit tangan,kaki dan mulut~

ASSALAMUALAIKUM~

wah~masuk bulan MEI neyh..banyak tul perkara yang berlaku 
di sekeliling kita..huhu~der yang dapat IPTA..der juga yang tak dapat...
tp,tak per laa..mungkin der hikmah disebalik sume neyh...
baru-baru neyh..kita dikejutkan lagi dengan masalah
penyakit TANGAN,KAKI DAN MULUT...
kesian kat budak2 yang kene..huhu~
2 mnggu lepas baby kesanyangan eyka kena penyakit tu...
dan...kemaren..2 orang lae baby kene penyakit tersebut...
hari neyh...3 orang lae kene..huhu~
sian kat dorang kan..pape pown...
kita hanya mampu berdoa semoga mereka sembuh dengan cepat...
AMIN~

Sunday, March 18, 2012

COMEL!!!

Hahaha...comel nye dier~haha..bukan setakat comel..kecik lae tau...haha!
eyka suka sngat tengok pic neyh..hee~


alaaa bucuk2..hee~comel giler laa...haha!

MACAM2 FEELING LAK~

ASSALAMUALAIKUM~

Hee...erm..kali neyh eyka nk show something cute..
bukan citer or pngalaman...cume reaksi wajah mengikut 'feel'~

(HAPPY)



(SAD)


(SHOCK)

(SHY??)


(SLEEPY)

(ANGRY)


(CONFUSED)

(BORED)

Hee..comel2 kan dorang...tue wajah baby..agak2nye laa kan..
cam ner erk wajah orang dewasa lak???haha~
mesti lg funny kan??hee~ok laa..
eyka taa leh lme2..neyh pun online gune internet papa..
hee~nanti eyka p restoran..update kat ofis lae k...

p/s:actually..eyka post cam neyh..supaya korang senyum salu...hee :)